Thursday, July 30, 2009

Tagged!

Hasil penangan 'kenyitan mata' Ms B, maka dengan ini saya menjawab "tag"nya dari blog Pencinta Kopi Coklat, heh:

1. Bekas kekasih saya adalah:
*Skip* (Err, adakah perkataan ini perkataan Melayu? :p)

2. Saya sedang mendengar:
Bunyi kipas komputer riba

3. Mungkin saya patut:
Menyambung bacaan ilmiah saya, hmmm

4. Saya suka:
Mendengar ceramah Dr. Asri di Youtube.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
adalah mereka yang sentiasa "ada" bersama saya, yang akan ambil kisah sekiranya terjadi apa-apa pada saya

6. Saya tak faham:
kenapa seseorang perlu berpura-pura.

7. Saya kehilangan:
nafsu makan ketika saya bersedih.

8. Ramai yang berkata:
hidup ini sementara, tetapi masih mengejar dunia seakan-akan boleh hidup selamanya. Malangnya, termasuklah saya sendiri.

9. Makna nama saya:
Madu yang dimakan oleh watak kartun Pooh ;)

10. Cinta itu adalah:
rezeki dari Allah, dan setiap pasangan perlu bekerjasama menjaga dan menyuburkannya bersama.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
membaca jawapan saya ini, hehehe!

12. Saya akan cuba:
Menghabiskan menjawab kesemua tiga puluh soalan pada malam ini, tetapi kemungkinan besar terpaksa berhenti dulu, dan disambung di kemudian hari. :)


*****************
(Sambungan...)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
Lagu kegemaran saya dari kumpulan Innuendo

14. Telefon bimbit saya:
Telah rosak kerana tenggelam dalam air sungai. Sekarang terpaksa menggunakan telefon pinjam

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya memasang komputer riba :p

16. Saya paling meluat apabila:
Orang cakap tak serupa bikin dan sangat hipokrit.

17. Pesta/Parti adalah:
Bukan sesuatu yang saya gemari, kecuali jika ianya bersama orang-orang yang rapat dengan saya

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Dua ekor anak kambing biri-biri di Mongolia. Berwarna putih bersih dan macam anak anjing. Tersangatlah comel.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Waktu kanak-kanak.

20. Hari ini:
Saya telah pergi ke bandar untuk membeli barang keperluan.

21. Malam ini saya akan:
Menyambung penulisan saya. Diharap idea-idea yang bernas akan lebih banyak keluar pada malam ini, hehe

22. Esok pula saya akan:
Pergi menghadiri Usrah dan jamuan makan :)

23. Saya betul-betul inginkan:
Agar saya dapat menyiapkan sarjana saya ini secepat mungkin :p

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
Saya memikirkan untuk keluar cepat pergi ke bandar.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli-belah, terutamanya jika ada jualan murah :D

26. Makanan Barat atau Jepun:
Dua-dua, bergantung kepada selera.

27. Bilik yang terang atau gelap:
Bergantung kepada keperluan :p

28. Makanan segera adalah:
Sedap dan cepat, hehehe.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Thank you" kepada penjaga hostel ketika mengambil pakej darinya.

30. Siapa yang anda mahu tag?
TeaD.....muahahaha


Phewww....finally. Penat saya. hehehe.


2 comments:

Ms B said...

pencinta kopi coklat...now why didnt i think of that? *smiles*

Thanks for being such a good sport and doing this tag.

Hunny said...

Hehe...it was kinda of fun, albeit tergagap2 jugak lah...
Haih..sedih pulak dengan my BM skill :p